Sdn. Bhd.

  • Welcome

    to All visitoR !!!

Pada 2May2010

Posted by AzZa_AfZa On 11:04 PM 5 comments

Alhamdulillah genap setahun hubungan kami berkekalan hingga ke hari ini....semoga hari-hari yang mendatang akan lebih mengeratkan lagi hubungan ini... Syukur kepada Illahi kerana Mu lah cinta ini masih berputik dan masih mekar dalam taman bahagia...
Untuk kali pertama sambutan ulang tahun ini kami berkunjung ke Cameron Highland. walaupun hanya dua hari di sana, saya rasa gembira dapat meluangkan masa bersama tanpa gangguan lain... Perjalanan kami ke sana amat meletihkan, hujung minggu memang memenatkan.. Jammed memang panjang di sepanjang jalan dari Ipoh ke Cameron... Bayangkan lah dah macam KL sesak....kesian betul...tapi nak buat macam mane... dah terjebak dalam kesesakan terpaksalah teruskan sahaja... em..byk lagi nak cerita..tapi mata ni dah mengantuk pulak....

2 may

Posted by AzZa_AfZa On 11:15 PM 0 comments

em.... tak sabar rasanya nak tunggu 2 hari bulan ni....em....

Laksa negeri mana yang paling sedap ?

Posted by AzZa_AfZa On 2:30 PM 1 comments


Salam dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan.
Bercerita mengenai laksa negeri mana yang paling sedap, sememangnya kita semua tahu kebanyakan laksa di Malaysia ni memang sedap. Tetapi mana yang anda rasa ianyanya paling sedap pada anda? Sebut pasal laksa kita ketahui ada banyak jenis laksa yang terdapat di Malaysia. Kita ada Laksa Penang, Laksa Terengganu, Laksa Sarawak, Laksa Kuala Perlis, Laksa Kedah, Laksa Kelantan, Laksa Ipoh, Laksa Johor, Kari Laksa dan Laksam. Buat masa ini saya telah mencuba Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksam dan Laksa Kelantan tapi yang paling saya suka adalah Laksa Johor. Dulu saya tak suka pun pada Laksa Johor ni...
Kisahnya bermula, semasa saya masih kanak-kanak lagi kalau sebut laksa sahaja pasti saya teringat Laksa Penang, pada masa itu saya memang suka sangat. Ya lah dah tentu mak saya masak Laksa Penang tu. Waktu itu pun kita masih belum didedahkan dengan jenis-jenis laksa di Malaysia ini, maklumlah masa tu baru darjah berapa internet pun tak pandai main lagi. Tiba di alam remaja macam-macam masakan kita dah rasa. Bah kan bukan rasa sahaja tapi dah pun mencuba untuk membuat sendiri laksa tersebut di rumah. Sebut pasal masak sendiri ni pagi ini saya bangun awal, maklum lah nak pergi ke pagar pagi-pagi ni. Mengidam pula nak makan Laksa Johor.. Alhamdulillah dapat juga makan laksa Johor buatan sendiri hari ni. Saya dapatkan resepi Laksa Johor ni daripada ibu mertua saya memandangkan ianya makanan kegemaran teman hidup saya. Bukan susah pun nak buat Laksa Johor ni. Yang saya tahu campak bahan-bahan dalam blender, mana yang perlu direbus kita rebus, mana yang perlu diracik kita racik, masuk semua dalam periuk tambah garam dan gula secukup rasa dah siap kuah laksa. Laksa Johor ni dia berbeza dengan laksa yang lain sebab ianya menggunakan spaghetti, itu yang membuatkan ianya lain dari yang lain. Kuah Laksa Johor memang agak pekat dan mempunyai isi ikan yang banyak dan rasa lemak sedikit tapi laksa johor tidak menggunakan santan yang banyak hanya sedikit saja untuk menambah rasa...em... sedapnya... Kepada kawan-kawan yang masih belum mencuba laksa johor cuba lah !! Terdapat banyak resepi Laksa Johor yang boleh kita dapatkan di internet. Tapi kepada sesiapa yang nak cuba resepi daripada saya, boleh apa salahnya...

Salam 1 Malaysia Semua

Posted by AzZa_AfZa On 11:05 PM 0 comments



Salam 1 Malaysia kepada anda yang sudi melawati blog ini.
Blog ini adalah masih baru dan ini merupakan post saya yang pertama.
Agak kekok untuk saya menaip artikel perkenalan ini buat kali pertamanya...
Saya tidak mempunyai banyak pengalaman...tapi jika ada di antara kawan-kawan yang berminat untuk melawati blog ini amatlah dialu-alukan.
Marilah kita bersama-sama berkongsi maklumat..tidak kira apa topik pun yang mungkin boleh menjadi perbualan di dalam masyarakat kita...
1 Malaysia, menjadi lambang bertapa bersatu padunya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya.. Tidak kira siapa pun anda kita tetap berpijak di bumi yang sama....

Search

Sponsors